Daging kultur
Daging kultur

Daging kultur

Daging kultur adalah daging yang dihasilkan melalui penumbuhan khusus secara berkeadaan terkawal dan beralat radas dalam makmal (in vitro) menggunakan sel haiwan sebagai asas.[1] Ia dihasilkan menggunakan banyak teknik kejuruteraan tisu sama yang digunakan secara tradisional dalam perubatan regeneratif.[2]Konsep penghasilan sebegini mula dipopularkan oleh Jason Matheny pada awal tahun 2000-an [3] yang kemudiannya mengasaskan New Harvest, organisasi bukan untung pertama di dunia mengkhusus kepada pendokongan terhadap penyelidikan daging in vitro.[4] Pada tahun 2013, Mark Post, seorang profesor Universiti Maastricht pertama kali menunjukkan bukti kukuh kemampuan menghasilkan daging secara berkultur. Ia pertama kali diperkenalkan secara komersil di suatu restoran di Tel Aviv, Israel pada tahun 2020.[5][6]